Blogger Templates

FALSAFAH UBK HSBM

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

VISI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015

MISI PERKHIDMATAN

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ),emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia(SQ).
  • Membimbing murid kea rah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mweujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotic dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

MOTO PERKHIDMATAN

Informasi,

Kecemerlangan,

Kesejahteraan

Friday, February 24, 2012

Kasih Sayang Episod 5.

Kasih Sayang Episod 5.: * Kasih Sayang Episod 5. Kasih sayang merupakan satu sikap yang mulia yang mesti dipupuk sejak kecil lagi. Perasaan kasih sayang terhadap kedua ibu bapa, kawan-kawan, guru, keluarga serta binatang peliharaan kita, akhirnya akan dapat menanamkan sikap tersebut dalam diri kita. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1234171465741549

Wednesday, February 15, 2012

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2012 KALI KE-8


 JOM MASUK  'U' 2012 

Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012 akan diadakan pada:

Tarikh : 18 - 19 Februari 2012
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Tuesday, January 18, 2011

Selayang Pantun Pembuka Bicara..

Sirih berlipat sirih pinang,
sirih digubah di pekan Bagan,
Pemanis kata selamat datang,
Assalamualaikum kami ucapkan.

Selamat pulang intan berlian,
kiriman salam kami sampaikan,
selamat datang wahai kalian,
ke laman ini kami ucapkan.

Masa berkasih berperi-peri,
 budi tak kira idaman hati,
terima kasih saudara saudari,
sudi bermesra di blog ini.